15 JULY??? JIKA TANGGUH APA KAN JADI?

Posted in Uncategorized on July 9, 2009 by malim84

Anwar dengan team laywernya berjaya membuat trick gaban menangguhkan sidang kes beliau. kali ke-4 dengan alasan bodoh beliau.. lead counsel gt MC..  ada 7 lawyer buruk beliau yang boleh meneruskan hujah untuk permohonan mengarahkan pendakwaraya memberikan item-item kes liwat. yang herannya Hakim memberikan kebenaran untuk penangguhan dibuat defenden.. KENAPA?? 

Lebih baik hakim tersebut ditukarkan sebelum 15julai ini bagi mengelakkan daripada dana rakyat dipergunakan untuk satu lagi penangguhan kerana anwar sakit, atau sivarasa demam kus-kus dan banyak lagi auta yang dorang akan lakukan.. saya tidak bersetuju penjenayah seperti peliwat dan penyalah guna kuasa politik diberikan keutamaan dan keistimewaan dalam kes ini. Pesalah yang didapati bersalah dan pernah dipenjara dalam tempoh yang lama tidak mempunyai kredibiliti yang tinggi.. erti ringkas PENIPU BESAR.  Hakim perlu merujuk kes-kes lepas tanpa mengira status penjenayah kerana ianya seperti menghina mahkamah dan integritinya.

Hairan bin Ajaib.. memang muka lombong

Posted in Uncategorized on May 13, 2009 by malim84

Ha hahaha…

Mulanya Nizar dah diisytiharkan kembali jadi MB, sekarang ni plak dia terkedu kerana mahkamah rayuan telah membenarkan DS Zambry kekal MB sementara menunggu proses rayuan.. pulak dah.. kawan tu dah beria-ria dan terkinja-kinja masuk ke pejabat MB seawal 7.15am..  now dia kena keluar balik? lawak lucu haha.. memang muka nizar tiada ciri kepimpinan mahupun ciri pemimpin.. dia seorang yang tidak professional dan amat kalut. nak kata bodoh mungkin ya tapi ada title Insenior.. mungkin dia meniru kot dulu? hehe.. tapi betul² gila kuasa dan lagak serupa stooges. baguslah dia, Nga dan Sivakumar… stooges moden..

Namun dia patut berbangga walaupun perangai dia macam tok kadok namun banyak juga manusia di perak tu masih mahu dia diangkat jadi hero mereka.. tapi nak tau kenapa?

1. Dia bodoh dan senang dipergunakan.

2. Dia sebahagian bangsa cina.. kalau dia ikut DAP lagi bagus.

3. Dia raja putar serupa Abang Nuar.. hehe

4. Suka menunjuk² pandai.. namun sayang anda boleh menjadi penentu.

5. Mempunyai special adviser merangkap MB dibelakang tabir.. wah lembu rupanya mamat ni.

6. Orang yang suka menderhaka kepada sultan.. Sultan orang melayu.. so ada sebagaian pihak anti melayu yang suka dialah.

7. Mempunyai tingkat PHD (penyakit hasad dan dengki) tahap kritikal.

8. Dia boleh menjamah makanan masakan cina di warong- ambil hati pengundi.. Halal ke?

9. Dia boleh luluskan permohonan tanah dengan pantas sekali.. MB dan KM lain pun susah nak buat benda tersebut dalam masa sebulan dua.

10. Manusia Hipokrit.. sekejap kata ikut kata sultan lepas tu lawan.. sekejap kata hormat keputusan mahkamah lepas tu bangkah.. india mabuk todi lagi boleh dipercayai daripada dia ni..

Aksi Bollywood di Persidangan Dun Perak 7/5/09

Posted in Uncategorized on May 9, 2009 by malim84

Alamak.. cut………

Apelah bodoh awak ni berlakon.. kata tuan direktor..

Awak lupa dialog ka? sorry tuan, saya gugup.. kata Siva

ok.. lepas ni kita nak buat adegan lompat² dan panjat² meja… Direktor ngah memberi arahan.

Nizar kamu pi naik dekat tu meja Speaker and Siva, you duduk sana sambil kata tak tak tak.. Ngah memberi arahan direktorinya

Yang lain.. buat kecoh cepat… biar gempak hari ini.. hahaha…

sambil cuba mengingat dialognya, Siva dengan gaya MGRnya berkata, “selagi 10 orang adun ini tidak keluar, saya tidak akan memulakan sidang ini dan pendirian saya adalah muktamad” huh lega apa macam tuan direktor? adakah ok kah? Ngah hanya menggangukkan kepalanya. Tak tak tak… laungan seperti katak memanggil hujan.. tak tak tak..

Namun apabila timbalan speaker sebenar.. Hee Yit Foong bertindak kacau daun.. lalu Siva mendram.. alamak mampus aku.. kata Siva… dia SMS tuan direktor NgaH, bos apa macam ni.. ah you tunggu saja sana diam² jangan gerak² , buat macam orang mati bini… nasihat Ngah pada Ontanya.. Ngah sebenarnya ingin membuat suasa parlimen di Taiwan kerana saudaranya disana selalu buat wayang seperti ini cuma bezanya disana kurang cakap tapi tangan, kaki, kerusi, kasut, meja dan sebagainya yang banyak berjalan. namun Ngah mengubah sikit sript kerana dia ingin membuatkan orang luar berasa simpati kepada mereka… Al -jub hanya ketawa melihat gelagat berudunya…

Namun akhirnya Siva kena angkut beserta kerusinya sekali.. haha memang kerusi tu dah kena kencing itulah kena angkut sekali.. Timbalan Speaker Hee telah meluluskan usul lantikan speaker baru.. walaupun kasar namun memang ikut prinsip majoriti yang menang. kalau Siva tak berkeras dan tak ikut sript mungkin tak ada orang pun yang hinggin angkat dia.. ingat dia wangi kah?? wajar Timbalan Speaker Hee mengambil alih tugas speaker kerana orangnya sudah hilang akal dan gagal melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin pada pagi itu. Nasiblah sidang pada petang itu telah dirasmikan DYMM Pemangku Sultan Perak.. so takde dah trick and wayang korang nak main woi nizar and ngah brothers.. memang nizar layak jadi pengiring dan pengampu!!! kita tunggu monday ini apa keputusan Mahkamah.. kalau berpihak kepada menteri besar.. dengan rasa hormat dan kelakian.. nizar and ngah should shut  up and do their job as assemblymen!

Guna Agama untuk politik @ Guna politik untuk agama???

Posted in Uncategorized on May 6, 2009 by malim84

Para pembaca budiman..

rakus! dapat dibayangkan dalam minda saya apabila membaca daripada pelbagai sumber blogger baik daripada team A dan team B berkenaan asas perjuangan mereka. Team A merupakan pasukan yang fresh baru dibentuk akibat daripada perubahan tampuk kepimpinan dan dalam proses mengubat kanser dan virus² yang membuatkan ianya busuk dimata masyarakat. Team B pula sekarang ini sibuk untuk menghadapi gelora pertukaran pemimpin.. proses yang dinantikan oleh Hamba Allah ini.. apa tidaknya kuncu-kuncunya bersedia untuk menakluki Team B secara total dan membuat pembersihan ideologi sebenar team B. Semua pembesar² lama team B akan di TKO kan serta dibuang jauh ke lautan agar tiada bunyi sumbang yang akan menjejaskan mainan Hamba Allah itu.

Namun disini saya perlu tegaskan kedua-dua team ini bukan sesuci kain putih… memang tidak dinafikan politik merupakan permainan yang kotor lagi mengotorkan tangan orang yang menjadi pemain. namun peranaan dan ideologi team B dari dahulu lagi memperjuangkan Agamanya untuk kepentingan politik.. memaki, memfitnah dan segala kemungkaran dibolehkan demi agenda perjuangan mereka. Lihat sahaja lidah pengarang berita mereka.. dipenuhi tuduhan tanpa bukti dan pernyataan  bodoh untuk orang bodoh. dimana tokoh-tokoh mereka belajar sehingga boleh mengkafirkan orang? nabikah mereka? siap boleh jamin kesyurga.. nauzubillah.

Peranaan mereka ini tidak tumpah seperti orang² syiah yang bertakyiah.. iaitu membenarkan membuat kemungkaran demi menyelamatkan diri. membenarkan untuk berbohong, menipu dan membuat onar demi kejayaan serta agenda tersendiri. Bukan kah mereka bermazhab shafie atau ahli sunnah, tapi mengamalkan sebaliknya? adakah mereka pejuang agama? tidak dinafikan didalam team B memang ada yang menentang namun lebih ramai daripada mereka sekarang gila.. Gila kuasa, wang, perempuan dan banyak lagi… menipu orang kampung  kononnya perjuangan demi fisabillillah!

Team A walaupun bersifat materialistik namun tidak lah sejahil team B.. mereka tidak mempunyai ilmu agama setinggi ahli² team B yang boleh mengkafirkan kan orang serta cakap putar alam.. namun tidak sebodoh mereka untuk menggunakan agama untuk dipolitikan. saya sendiri menyokong menggunakan politik untuk mempertahankan agama dan bangsa saya. sebuah ideologi yang berbeza daripada team B. Tidak perlulah bertakbir memanjang kalau niat dihati hanya merosakkan umat di bumi malaysia ini. bersekongkol dengan syaitan dan Hamba Allah yang ingin menyundalkan umat malaysia ini dengan idea durjananya.. mungkin disukai oleh segelintir umat islam dan melayu yang mempunyai masalah mata,telinga dan hati.

Banyak contoh akibat kedurjanaan Hamba Allah itu telah membuat sial kepada team B.. lihat sahaja dinegeri Yeop.. Ada negeri dalam negeri.. buat sidang bawah pokok.. ada sultan lantikan sendiri.. undang-undang ditokok². Inilah akibat agama dipolitikan.. anda boleh berfikir sendiri tanpa perlu mengambil PHD dan bayangkan bagaimanalah jika perkara ini tidak dibendung? Kaum majoriti tinggal nama, maruah tergadai, agama di sindir dan macam² lagilah. untuk menjadi perubah.. Team A harus mengorak langkah memperbaiki dengan kadar segera  dan menarik balik kepercayaan rakyat. Jangan terlewat kerana Hamba Allah itu sungguh tidak sabar mahu menjadi No.1 di malaysia.

Dilemma King Nuar…

Posted in Uncategorized on April 23, 2009 by malim84

Dia dah mula dah.. tak dapat jadi PM dia rajin buat pilihanraya kecil.. dah sakit hati satu negeri dah hilang.. skang nak syok sendiri.. buat pilihanraya dalam kubu sendiri siap boleh paksa berudunya berhenti.. dia juga suka pilih bulu.. masalah moral dikalangan berudunya memang tinggi.. lihat saja si penghulu bukin lenjan sebagai contoh.. tak payah comment panjang nanti kena saman.. polis pun belum dapat jumpa BFnya.. namun penanti jugalah dia dok sibok.. suruh berhenti.. kalau berani kasi lah berhenti bukit Lanjan sekali… jangan pulak Jun atau Julai nak pilihanraya lagi.

Bukan nak merayu tapi dengarlah wahai rakyat malaysia anda telah menghukum kerajaan lepas dan ketuanya pun dah pencen. penggantinya insyallah mampu meneraju negara dan bagi beliau peluang membuktikan. Buka mata dan minda kenapa perlu sokong orang bermasalah, rendah nilai moral dan sebagainya untuk memimpin kita? jelas orang yang kamu sokong itu masih menunggu kesnya dimahkamah.. lebih baik daripada Dato Najib..! Akai adakah?

Berita Hangat.. Pulau Pinang Ada Sultan Baru… TKM kena TKO!

Posted in Uncategorized on March 22, 2009 by malim84

Berita terhangat..

 

Pulau Pinang,Ahad 22hb

 

Al-SulTan Nuar Shah telah mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Pulau Pinang yang pertama dengan memperkenankan kepada Memanda Menteri Achai Guan Enggang untuk “memecat” dengan kadar segera timbalan memanda menteri iaitu kerabat diraja Pulau Pinang, Tengku Pairus Shah.. Memanda Menteri Achai tidak dapat memberikan komen lanjut sambil meminta para wacana-wacana berita menantikan titah Al-sultan Pulau Pinang. Perkhabaran angin bertiup kencang sekian lama tentang murkahnya Al-sultan kepada Tengku pairus.. Menurut Setiausaha beSar Al-sulTan.. memanda perhubungan Dato berkelana Zarin.. Sebab yang mungkin kenapa Tuanku Sultan murkah adalah kerana Tengku Pairus Shah Mau sambung belajar keluar negara.. alamak, kalau dia balik nanti boleh lawan taukeh! Apabila Wacana pemberita bertandang kerumah Tengku Pairus, beliau telah Ghaib dan hanya meninggalkan SMS yang menyatakan Wujud Konspirasi.. kesian dia.

 

Kita nantikan sahaja berita Muktahir…

Bahana Isu “ALLAH” dipolitikan

Posted in Uncategorized on March 12, 2009 by malim84

Assalamualaikum pada semua..

Sedih hati saya sebagai islam dimalaysia ini bila mendengar,membaca dan melihat sendiri tokoh-tokoh ugama islam baik dari PIS dan mana-manalah yang membuat kenyataan membenarkan serta memenangkan orang nasrani menggunakan ALLAH didalam edaran bacaan agama mereka dalam bahasa melayu. Tidak saya sangka seorang yang saya hormati boleh mengatakan siapa pun boleh menggunakan Allah tersebut kerana telah ribuan tahun sudah digunakan oleh manusia dahulu kala. tidak kurang jugalah didalam parlimen ahli PIS, cuba menguatkan lagi luahan ketua mereka dengan mengutarakan potongan ayat-ayat al-quran. Memang manusia, bila sahaja kuasa di hadapan mata semuanya menjadi halal.

Allah menurut wikipedia – adalah bermaksud tuhan didalam bahasa Arab. perkataan Allah juga digunakan oleh agama samawi yang lain iaitu Kristian dan yahudi dimana penganutnya menggunakan bahasa arab sebagai bahasa pengantar mereka. gereja coptic mesir misalnya menterjemaahkan bible latin dan yunani dengan menterjemahkan perkataan Dios atau Theos iaitu tuhan kepada Allah dimana jelas ianya hanya menggunakan bahasa setempat untuk merujuk kepada TUHAN.

 Kristian arab tidak mempunyai bahasa lain untuk merujuk kepada tuhan mereka selain perkataan ALLAH walaupun terdapat beberapa perkataan seperti “ya rabb” dan  sebagainya. Heran mengapa Kristian Malaysia ingin sangat (seperti terdesak) mahu menggunakan Allah sedangkan terjemahan bahasa melayu jelas adalah TUHAN. mengapa Pope di Vatican tidak menyeru ahli-ahli pembuat bible terus menukarkan perkataan Dios, Theos atau God itu kepada Allah? Pada pandangan saya, Pope tidak mahu menyamakan agamanya dengan agama Islam dan berlaku kekeliruan.

Konsep Allah didalam arab kristian amatlah berbeza dengan Islam dimana sebagai pendukung konsep trinity Allah mereka ada tiga iaitu Allah Al-lab (Tuhan Bapa), Allah Al-Ibn (Tuhan Anak) dan Allah Al-Ruh Al-qudus (Holy Spirit). Selain itu seawal kurun ke 8 masihi, mereka juga menciplak Bismillah dengan menukarkan “Dengan nama Allah, yang maha pemurah dan mengasihani” kepada “Dengan Nama Allah, tuhan Anak dan roh kudus”. (sila lihat video Ahmed Deedat vs Dr Shoroush).

Di Malaysia, perkara ini telah lama diperjuangkan oleh majalah “Herald” untuk mempergunakan sebutan Allah didalam edaraannya. Namun sehinggalah sekarang masih belum menang lagi. Tetapi apabila ahli politik cuba mempolitikan isu ini, memanglah akan ada kecelaruan yang rakyat sendiri akan terkena. Hujah ilmuan kristian seperti Ulil Abshar Abdalla mengatakan mengapa orang arab boleh membiarkan non-muslim terutamanya kristian arab menggunakan Allah dalam bible mereka ratusan tahun, dan juga berlaku di Indonesia, mengapa orang melayu Malaysia mahu sibuk dengan perkara sedemikian.

Sebab utama kami tidak mahu :

1.    Ianya menjadi alat bagi kamu (missionary) untuk memperdayakan remaja-remaja kami yang lemah ilmu agama.
2.    Kelemahan bangsa kamu (Terlalu libral – Indonesia dan arab) membiarkan penaklukan dalaman yang dilakukan secara halus.
3.    Bagi mengelakan kekacauan seperti yang sering berlaku di Indonesia. (peperangan Agama)
4.    Mempersendakan pemahaman agama kami ( Allah adalah satu. Tiada sekutunya untuk berdiri. Tiada yang menjadi pelengkap bagiNYA – jika ada dia bukan tuhan kerana ianya lemah)
5.    Isu murtad adalah suatu yang sensitive buat bangsa melayu Malaysia – mungkin perkara ini normal bagi bangsa liberal Indonesia.