Kenapa Malay Jew

Mungkin anda akan berfikir kenapa budak ini memilih untuk menamakan blognya malayjew. Mungkin hendak mendapatkan populariti untuk menghangatkan blognya atau saja cari nahas dengan tajuk yang panas. Terserah andalah untuk membuat telaan, tapi bagi saya menjadi seorang bangsa melayu dibumi malaysia ini tidak lagi seperti dahulu kala. Kini bangsa ku di pandang hina oleh masyarakat minoriti yang dahulunya tidak berani bersuara. Bangsaku kini dipijak-pijak, di hina, di caci oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi mendapatkan kepentingan buat isi perutnya sendiri. Bangsaku juga telah dilupakan oleh bangsanya sendiri yang telah lupa asal usulnya, jangan ceritalah tentang adab susila tapi Melayu sekarang lebih sanggup mengadaikan harga dirinya daripada mempertahanankan bangsanya daripada dilanyak oleh orang-orang yang durjana.

Lihat sahaja bangsa yahudi, bukannya ramai didunia ini. Bilangan mereka boleh dianggap kecil iaitu jutaan sahaja namun negara sebesar Amerika syarikat dikawal dengan utuh sekali sehinggakan presiden negara ulung tersebut tunduk dengan arahan perdana menteri israel. Bagaimanakah mereka melakukannya? sebuah bangsa yang minoriti mengawal dunia? Bangsa yahudi adalah bangsa pilihan tuhan, tapi itu kata mereka, bukan tuhan yang kata. Mereka hidup dengan percaya bahawa sebagai yahudi, adalah menjadi tugas mereka untuk menjaga bangsa mereka dengan apa sekalipun sehingga titisan darah terakhir. yahudi tidak akan lupus dimuka bumi ini sehingga hari kiamat. Mereka tidak akan ditindas, di aniaya atau dijadikan peon oleh mana-mana bangsa seperti yang pernah berlaku kepada mereka selama beberapa abad yang lepas. Sifat mereka yang mementingkan bangsa menjadikan mereka kukuh dan bersatu padu tanpa mengira parti, negara atau ideologi.

Mengapa tidak melayu boleh menjadi begitu? alangkah bagusnya setiap melayu itu sedar apa tugasnya kepada bangsanya? tidak dinafikan di Israel sendiri terdapat pelbagai puak-puak yang memperjuangkan ideologi mereka namun bangsa mereka tidak pincang dan objektifnya tetap satu, menjadi kaum pilihan tuhan dan lebih unggul daripada setiap anak adam dimuka bumi ini. Tapi mereka cuma manusia biasa yang memerlukan air bila dahaga, perlukan makanan bila lapar dan segala keperluan asasi manusia. Mengapa bangsaku tidak begitu? mengapa lemah ditanah tumpah sendiri. Menjadi lembu yang ditarik hidungnya oleh sang semut. Mengikut sahaja arahan gagak hitam yang senang-senang sahaja mengugut mahu memakan bangkai.

Kerana itulah saya ingin menjadi seorang  bersifat seperti yahudi yang sayangkan bangsanya tanpa mengira kepentingan diri sendiri. Bukan mengambil sifat kurang ajar mereka cuma sifat sayangkan bangsa yang dimiliki oleh mereka tidak tertanding oleh mana-mana umat manusia sehingga menundukkan semua semua kuasa-kuasa besar didunia ini. Bangsa ku tidak boleh ditundukkan oleh mana-mana pihak ditanahnya sendiri. ku menyeru kepada semua umat bangsa melayu dimalaysia bangkit kembali dan sedarkanlah dirimu yang tugas memperjuangkan harga diri bangsamu adalah penting agar kita tidak ditindas seperti yang berlaku kepada saudara kita di singapura.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: