Parti Perkauman

Senario politik malaysia kini lebih menjurus kepada ideologi perkauman dimana kita boleh melihat dengan mata kita sendiri peneraju arena politik negara kita seperti UMNO,MIC,MCA dan seumpanya. Terdapat juga beberapa parti yang cuba menonjolkan sebagai parti majmuk namun kuat berbaur dengan sentimen perkauman DAP dan PKR. ada pula mencampurkan agama yang suci menjadi wadah permainan politik mereka. 

Sebagai orang muda, saya berpendapat wujudnya UMNO itu bukan kerana untuk berpolitik semata-mata tapi menjadi badan pengukuh bangsa melayu dibumi malaysia ini. Berpolitik menggunakan bangsa adalah satu pemahaman yang selama ini difikirkan oleh setiap ahli yang ada didalam UMNO. Pada pendapatan saya, pandangan ini amatlah salah sama sekali kerana fungsi UMNO ditubuhkan bukan bertujuan memolitikan bangsa kita tapi wujudnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Nasional ini untuk memperkasakan kedaulatan bangsa kita yang pada masa itu di tindas oleh penjajah British.

Memperjuangkan hak-hak dan kepentingan melayu adalah asing dari arena politik kerana sebagai rakyat malaysia kita harus peka dengan rakan-rakan bangsa lain yang hidup bersama di bumi bertuah ini. Namun apabila perkara yang telah dipersetujui secara bersama didalam perlembagaan negara kita disentuh oleh pelbagai pihak yang buta sejarahnya, kita harus memperingatkan mereka bahawa wujudnya negara ini berdasarkan prinsip-prinsip yang telah dipersetujui dan perlulah dihormati.

Kesamaratan amatlah perlu diaplikasikan didalam kehidupan yang majmuk tanpa mengira bangsa, budaya dan agama namun setiap sensitivi anggota masyarakat perlulah diambil kira agar perasaan muhibbah itu tidak tergugat dan keharmonian para tetangga dijaga akar masyarakat malaysia aman, makmur dan maju jaya.

Sebagai persatuan melayu tunggal yang memperjuangkan hak-hak orang melayu, haruslah ahli-ahli UMNO dari akar umbi hinggalah kepada pucuk pimpinan sedar pentingnya merubah ideologi politik yang dahulu kepada ideologi terkini yang dapat diterima  pakai oleh semua golongan masyarakat majmuk. Tiada rasa takut akan timbul kepada setiap bangsa dimalaysia ini jika perubahan yang signifikan diambil malah mampu memberikan imej yang terbaik dan rasa yakin kepada UMNO selaku parti peneraju negara. Perubahan ini perlu untuk mengembalikan keyakinan masyarakat kini yang telah dilanda tsunami politik moden akibat daripada ketaksuban segelintir masyarakat yang kecewa dengan prestasi kerajaan yang memerintah pada masa ini. Perubahan ini menjamin wujudnya UMNO masih signifikan dengan masa kini dan mengelak daripada di cop sebagai ketinggalan zaman.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: