Archive for February, 2009

Singh Is King… Siapa lebih celaka?

Posted in Uncategorized on February 26, 2009 by malim84

Kepada semua yang membaca

 

Suara sumbang dari dewan rakyat nyaring berbahas dari kerusi khasnya.. celaka, celaka, celaka.. oleh kerana berasa payah hendak ke balai polis untuk menjawab 100 lebih laporan polis yang dibuat kerana nak jadi hero macam wayang “singh is king”, dia memaki hamun pihak yang membuat laporan. bergetar lututnya takut kerana menerima hadiah 2 butir peluru yang dihantar oleh pengirim misteri yang boleh jadi dilakukan oleh dirinya sendiri. saja nak buat drama sikit, diorang ni memang bollywood, mesti ada adegan-adegan cemas, cuma untuk menari tu susah sikitlah.

 

namun bai ni memang lantanglah.. celaka,celaka,celaka.. namun siapa yang lebih celaka? orang yang membuat laporan atau mulut dia yang celaka? cakap ikut lepas itu ini ikut sedap sahaja yang membuat kita terutamanya saya tertanya, siapa bai ini? mungkin dia bukan penjual roti, atau jaga lumbu kerana dia pakai smart dan ada rumah besar, membolehkan dia mempunyai hak mengaum serupa singa pencen? apa jasanya pada negara selama dia hidup dimuka bumi malaysia, setahu saya kerjanya membela para pesalah dan pelaku kemungkaran. tugasnya untuk memastikan yang salah jadi betul dan dia dibayar tinggi atas kepetahan beliau meng”auta”kan fakta. Adakah bai ini layak menyamakan dirinya sebagai “raja” dan siap beri amaran kepada orang yang mahu mencabarnya? Apa yang dia boleh lakukan kalau orang nak main-main dengan dia? mungkin dia seorang pakar undang-undang bisa memutarkan fakta lalu mahu mengunakan kepintarannya itu demi niat murninya? saya pun tak pasti niatnya.. adalah lebih elok dia berundur kerana umur dah lanjut.. beramal sebelum tuhan jemput dia. hehe

Anwar salahkan BN kerana gambar erotik eli?

Posted in Uncategorized on February 18, 2009 by malim84

Pak katak memanggil hujan lagi.. ong..ong..ong, Berudunnya buat hal, kali ini berudunya terkejut kerana foto “seksa”nya diketahui umum dan sangat pantas tersebar melalui internet. Heran mungkin budaya si berudu, mahu membanggakan dirinya bujang dan boleh bersekedudukan. Yang bestnya teman baiknya itu sempat mengambil gambar berudu terkangkang tido kepenatan. Lalu dengan menebalkan muka sambil menangis, berudu mahu letak jawatan.. bagus, sekurang-skurangnya berudu berasa sedar atas kesilapan dirinya.. berudu masih punya maruah kerana bukan dia mahu gambarnya menjadi tetapan umum. Tapi untuk kepentingan parti, berudu terpanggil untuk bertanggungjawab untuk memadam arang yang tercalit. Namun Pak katak melenting.. ini semua BN punya salah, BNla yang jahat.. BN terutamanya UMNO la pertualang. Apa ni pak katak? mungkin dia dah hilang idea dan menunding jari kontotnya kepada pihak lain. Seperti kita tau, tahap moral pak katak bukannya baik sangat dan beliau masih menunggu kes beliau dimahkamah kerana perangai luar tabienya. Patutnya pak Katak contohi berudu bukit lanjan, letak jawatan kerana masalah tabienya tetapi dia hanya tau untuk menyalahkan orang sahaja. Adakah Pak katak sedar andalah pencetus masalah ini, Video lingam anda lah yang keluarkan, Gambar tok Jib makan dinner dengan orang mongol and tertuduh ketiga, Berudu berkaca mata macai pak katak yang buat. Siapa yang salah? Lu pikiah la sendri…haha

Anwar Terlopong.. Nizar berputih mata

Posted in Uncategorized on February 4, 2009 by malim84

Alkisah bapa kepada katak ternyata terlopong luas.. bila anak-anak berudunya telah bertukar menjadi katak lalu melompat keluar dari sangkar PKR. kesihan dia… nyata panggilan hujan yang dibuat oleh bapa katak tersebut tidak menjadi. 16 september dan tarikh-tarikh mengawan bapa katak telah hancur lebur bila tiada katak-katak puru yang sudi bersekongkol bersamanya.

kepada Nizar.. Tuan seorang yang biadap dan sombong. inilah akibatnya bila pemimpin kebaru-baruan yang dipilih menjadi seorang ketua. sejak menjadi menteri besar sehingga sekarang, Tuan hanya lebih menjadi penghibur dimedia massa dengan tindakan kebudak-budakan tuan yang amat memalukan. sekarang sila berundur dengan rasa hormatnya.

kepada katak-katak puru yang lain sedarlah, banjir kilat dah surut, lompatlah sebelum terlambat!

Kenapa Tidak Boleh Inggeris Untuk Pengajaran Sains dan Matematik?

Posted in Uncategorized on February 2, 2009 by malim84

Heboh diperkatakan disetiap dada akbar tempatan dengan beberapa gesaan dan saranan daripada beberapa pihak yang menentang penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar pengajaran subjek sains dan matematik di negara kita.

Nyata sekali bila isu ini begitu hangat sehinggakan ada yang membuat demonstrasi bagi menunjukkan yang mereka begitu tidak berpuas hati dengan usaha Kerajaan yang diterajui UMNO. Siapakah dalang disebalik hal ini, tidak lain tidak bukan sebuah parti yang opurtunis dan suka mengambil kesempatan disaat keadaan politik yang agak bergelora lalu mereka bangun untuk menjadi juara dan jagohan menegakkan idea busuk mereka demi kepentingan diri.

Mengapa menolak penggunaan bahasa inggeris? apakah keburukannya?

1. Yang menolak penggunaan bahasa inggeris adalah kebanyakkan orangnya dahulu tidak minat menggunakan bahasa tersebut disekolah dan memang tidak mahir menggunakannya. lalu dirasakan adalah tidak sesuai jikalau terdapat banyak anak-anak muda yang bisa menggunakan bahasa penjajah tersebut dengan lancar dan bagus. Ini akan membuatkan mereka rasa rendah diri yang amat sangat.

2. Penggunaan bahasa inggeris sebagai medium bahasa bagi subjek berkenaan telah lama dipraktikan dan hasilnya amat memberansangkan dimana jumlah peningkatan statistik keputusan UPSR,PMR dan juga SPM berubah pada setiap tahun terutamanya 2 subjek yang menjadi isu ini, Matematik dan Sains.

3. Disekolah, Bahasa melayu menjadi bahasa instrumen dan komunikasi yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Tetapi kebolehan dwi bahasa terutamanya bahasa inggeris amatlah baik bagi golongan muda dimana didikan awal mampu menjamin mereka mampu menguasai bahasa tersebut yang merupakan bahasa INTERNATIONAL, lebih baik daripada ibubapa mereka atau pun orang yang terdahulu daripada mereka.

4. Pengalaman sendiri, dimana apabila menjejaki kemenara gading, dimana institusi tersebut lebih mengutamakan penggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar dari segala aspek, ramai anak-anak muda yang tidak menguasai bahasa penjajah itu terkulai kelu bila disuruh membuat ”presentation” atau menulis esei ketika menjawab peperiksaan.

5. Adakah bahasa melayu akan pudar dan luput? Tidak sama sekali jika difikirkan oleh akal. Sedang Singapura bahasa inggeris menjadi bahasa rasmi negara, tidak hilang bahasa melayunya sehingga sekarang, rumpun melayu mempunyai anak-anak bangsa yang begitu ramai sekali (Malaysia,Indonesia,Brunei,Singapura dan Sebahagian daripada Selatan Thailand) adakah bahasa tersebut itu boleh pupus?

6. Pemikiran jumut adalah sama sekali ditegah didalam ajaran islam. Namun segelintir individu suka bukan kerana setianya kepada bahasa tapi suka mengapi-apikan isu yang tidak releven dan ingin menghangatkan diri dengan publisiti murahan.