Kenapa Tidak Boleh Inggeris Untuk Pengajaran Sains dan Matematik?

Heboh diperkatakan disetiap dada akbar tempatan dengan beberapa gesaan dan saranan daripada beberapa pihak yang menentang penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar pengajaran subjek sains dan matematik di negara kita.

Nyata sekali bila isu ini begitu hangat sehinggakan ada yang membuat demonstrasi bagi menunjukkan yang mereka begitu tidak berpuas hati dengan usaha Kerajaan yang diterajui UMNO. Siapakah dalang disebalik hal ini, tidak lain tidak bukan sebuah parti yang opurtunis dan suka mengambil kesempatan disaat keadaan politik yang agak bergelora lalu mereka bangun untuk menjadi juara dan jagohan menegakkan idea busuk mereka demi kepentingan diri.

Mengapa menolak penggunaan bahasa inggeris? apakah keburukannya?

1. Yang menolak penggunaan bahasa inggeris adalah kebanyakkan orangnya dahulu tidak minat menggunakan bahasa tersebut disekolah dan memang tidak mahir menggunakannya. lalu dirasakan adalah tidak sesuai jikalau terdapat banyak anak-anak muda yang bisa menggunakan bahasa penjajah tersebut dengan lancar dan bagus. Ini akan membuatkan mereka rasa rendah diri yang amat sangat.

2. Penggunaan bahasa inggeris sebagai medium bahasa bagi subjek berkenaan telah lama dipraktikan dan hasilnya amat memberansangkan dimana jumlah peningkatan statistik keputusan UPSR,PMR dan juga SPM berubah pada setiap tahun terutamanya 2 subjek yang menjadi isu ini, Matematik dan Sains.

3. Disekolah, Bahasa melayu menjadi bahasa instrumen dan komunikasi yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Tetapi kebolehan dwi bahasa terutamanya bahasa inggeris amatlah baik bagi golongan muda dimana didikan awal mampu menjamin mereka mampu menguasai bahasa tersebut yang merupakan bahasa INTERNATIONAL, lebih baik daripada ibubapa mereka atau pun orang yang terdahulu daripada mereka.

4. Pengalaman sendiri, dimana apabila menjejaki kemenara gading, dimana institusi tersebut lebih mengutamakan penggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar dari segala aspek, ramai anak-anak muda yang tidak menguasai bahasa penjajah itu terkulai kelu bila disuruh membuat ”presentation” atau menulis esei ketika menjawab peperiksaan.

5. Adakah bahasa melayu akan pudar dan luput? Tidak sama sekali jika difikirkan oleh akal. Sedang Singapura bahasa inggeris menjadi bahasa rasmi negara, tidak hilang bahasa melayunya sehingga sekarang, rumpun melayu mempunyai anak-anak bangsa yang begitu ramai sekali (Malaysia,Indonesia,Brunei,Singapura dan Sebahagian daripada Selatan Thailand) adakah bahasa tersebut itu boleh pupus?

6. Pemikiran jumut adalah sama sekali ditegah didalam ajaran islam. Namun segelintir individu suka bukan kerana setianya kepada bahasa tapi suka mengapi-apikan isu yang tidak releven dan ingin menghangatkan diri dengan publisiti murahan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: