Archive for March, 2009

Berita Hangat.. Pulau Pinang Ada Sultan Baru… TKM kena TKO!

Posted in Uncategorized on March 22, 2009 by malim84

Berita terhangat..

 

Pulau Pinang,Ahad 22hb

 

Al-SulTan Nuar Shah telah mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Pulau Pinang yang pertama dengan memperkenankan kepada Memanda Menteri Achai Guan Enggang untuk “memecat” dengan kadar segera timbalan memanda menteri iaitu kerabat diraja Pulau Pinang, Tengku Pairus Shah.. Memanda Menteri Achai tidak dapat memberikan komen lanjut sambil meminta para wacana-wacana berita menantikan titah Al-sultan Pulau Pinang. Perkhabaran angin bertiup kencang sekian lama tentang murkahnya Al-sultan kepada Tengku pairus.. Menurut Setiausaha beSar Al-sulTan.. memanda perhubungan Dato berkelana Zarin.. Sebab yang mungkin kenapa Tuanku Sultan murkah adalah kerana Tengku Pairus Shah Mau sambung belajar keluar negara.. alamak, kalau dia balik nanti boleh lawan taukeh! Apabila Wacana pemberita bertandang kerumah Tengku Pairus, beliau telah Ghaib dan hanya meninggalkan SMS yang menyatakan Wujud Konspirasi.. kesian dia.

 

Kita nantikan sahaja berita Muktahir…

Bahana Isu “ALLAH” dipolitikan

Posted in Uncategorized on March 12, 2009 by malim84

Assalamualaikum pada semua..

Sedih hati saya sebagai islam dimalaysia ini bila mendengar,membaca dan melihat sendiri tokoh-tokoh ugama islam baik dari PIS dan mana-manalah yang membuat kenyataan membenarkan serta memenangkan orang nasrani menggunakan ALLAH didalam edaran bacaan agama mereka dalam bahasa melayu. Tidak saya sangka seorang yang saya hormati boleh mengatakan siapa pun boleh menggunakan Allah tersebut kerana telah ribuan tahun sudah digunakan oleh manusia dahulu kala. tidak kurang jugalah didalam parlimen ahli PIS, cuba menguatkan lagi luahan ketua mereka dengan mengutarakan potongan ayat-ayat al-quran. Memang manusia, bila sahaja kuasa di hadapan mata semuanya menjadi halal.

Allah menurut wikipedia – adalah bermaksud tuhan didalam bahasa Arab. perkataan Allah juga digunakan oleh agama samawi yang lain iaitu Kristian dan yahudi dimana penganutnya menggunakan bahasa arab sebagai bahasa pengantar mereka. gereja coptic mesir misalnya menterjemaahkan bible latin dan yunani dengan menterjemahkan perkataan Dios atau Theos iaitu tuhan kepada Allah dimana jelas ianya hanya menggunakan bahasa setempat untuk merujuk kepada TUHAN.

 Kristian arab tidak mempunyai bahasa lain untuk merujuk kepada tuhan mereka selain perkataan ALLAH walaupun terdapat beberapa perkataan seperti “ya rabb” dan  sebagainya. Heran mengapa Kristian Malaysia ingin sangat (seperti terdesak) mahu menggunakan Allah sedangkan terjemahan bahasa melayu jelas adalah TUHAN. mengapa Pope di Vatican tidak menyeru ahli-ahli pembuat bible terus menukarkan perkataan Dios, Theos atau God itu kepada Allah? Pada pandangan saya, Pope tidak mahu menyamakan agamanya dengan agama Islam dan berlaku kekeliruan.

Konsep Allah didalam arab kristian amatlah berbeza dengan Islam dimana sebagai pendukung konsep trinity Allah mereka ada tiga iaitu Allah Al-lab (Tuhan Bapa), Allah Al-Ibn (Tuhan Anak) dan Allah Al-Ruh Al-qudus (Holy Spirit). Selain itu seawal kurun ke 8 masihi, mereka juga menciplak Bismillah dengan menukarkan “Dengan nama Allah, yang maha pemurah dan mengasihani” kepada “Dengan Nama Allah, tuhan Anak dan roh kudus”. (sila lihat video Ahmed Deedat vs Dr Shoroush).

Di Malaysia, perkara ini telah lama diperjuangkan oleh majalah “Herald” untuk mempergunakan sebutan Allah didalam edaraannya. Namun sehinggalah sekarang masih belum menang lagi. Tetapi apabila ahli politik cuba mempolitikan isu ini, memanglah akan ada kecelaruan yang rakyat sendiri akan terkena. Hujah ilmuan kristian seperti Ulil Abshar Abdalla mengatakan mengapa orang arab boleh membiarkan non-muslim terutamanya kristian arab menggunakan Allah dalam bible mereka ratusan tahun, dan juga berlaku di Indonesia, mengapa orang melayu Malaysia mahu sibuk dengan perkara sedemikian.

Sebab utama kami tidak mahu :

1.    Ianya menjadi alat bagi kamu (missionary) untuk memperdayakan remaja-remaja kami yang lemah ilmu agama.
2.    Kelemahan bangsa kamu (Terlalu libral – Indonesia dan arab) membiarkan penaklukan dalaman yang dilakukan secara halus.
3.    Bagi mengelakan kekacauan seperti yang sering berlaku di Indonesia. (peperangan Agama)
4.    Mempersendakan pemahaman agama kami ( Allah adalah satu. Tiada sekutunya untuk berdiri. Tiada yang menjadi pelengkap bagiNYA – jika ada dia bukan tuhan kerana ianya lemah)
5.    Isu murtad adalah suatu yang sensitive buat bangsa melayu Malaysia – mungkin perkara ini normal bagi bangsa liberal Indonesia.

 

Apartied Vs Bumiputraisme… Persamaan?

Posted in Uncategorized on March 2, 2009 by malim84

 Berbunyi berudu tongsan dari lopak pinggiran bandaraya JB, ong..ong.. oi semua katanya, amalan mengutamakan bumiputra di malaysia ini sama dengan apartied afrika selatan. semua tercengang… kur.kur. bunyi cengekerik malam…… ape hal berudu ni? dia tau ka apa itu apartied? siapa yang tertindas dan yang menindas? setahu akulah walaupun tak sekolah begitu tinggi, orang kulit putih kaum penjajah dan minoriti menghambakan kaum Coloured terutamanya orang kulit hitam iaitu kaum majoriti afrika selatan. nah.. berudu JB cuba menyamakan bumiputraisme dengan apartied? cina dan india ada kah kamu pernah diasingkan? pernahkah kamu menaiki bas khas untuk bangsa kamu? pernah kah kamu ditempatkan di getho-getho khas untuk kaum kamu sahaja? pernahkah kamu tidak dibenarkan berada didalam komuniti melayu kerana kulit dan bangsa kamu berbeza?

 

 Oi berudu,cuba baca dulu sejarah dan fakta sebelum mulut kamu mengeluarkan idea “bijaksana” tersebut. Sistem bumiputra diadakan dengan persetujuan bersama daripada ketua kaum kamu yang terdahulu. ternyata bangsa-bangsa kamu wahai berudu lebih elok dari segi ekonominya, pendidikannya dan juga “kepandaian dan moral” berbanding kaum bumiputra khasnya majoriti melayu.

 

 Ramai daripada bangsa saya, masih terasing daripada kemajuan negara, ramai juga yang hidup seperti getho-getho yang ada di afrika. jelas sistem bumiputraisme yang berudu cuba auta kan lebih banyak membantu daripada menindas. takan bangsa kamu yang kaya raya mahu jg masuk ke UiTM? Ada banyak universiti lain dan saya rasa kaum kamu mampu membiayi kos untuk pengajian swasta atau ke luar negara.

 

 So lebih baik berudu memperjelaskan lagi maksud persamaan apartied dengan bumiputraisme kerana nampak disini berudu membodohkan dirinya dan masyarakat yang mengundi berudu pun merasa diri mereka bodoh memilih anda menjadi sang wira mereka.