Bahana Isu “ALLAH” dipolitikan

Assalamualaikum pada semua..

Sedih hati saya sebagai islam dimalaysia ini bila mendengar,membaca dan melihat sendiri tokoh-tokoh ugama islam baik dari PIS dan mana-manalah yang membuat kenyataan membenarkan serta memenangkan orang nasrani menggunakan ALLAH didalam edaran bacaan agama mereka dalam bahasa melayu. Tidak saya sangka seorang yang saya hormati boleh mengatakan siapa pun boleh menggunakan Allah tersebut kerana telah ribuan tahun sudah digunakan oleh manusia dahulu kala. tidak kurang jugalah didalam parlimen ahli PIS, cuba menguatkan lagi luahan ketua mereka dengan mengutarakan potongan ayat-ayat al-quran. Memang manusia, bila sahaja kuasa di hadapan mata semuanya menjadi halal.

Allah menurut wikipedia – adalah bermaksud tuhan didalam bahasa Arab. perkataan Allah juga digunakan oleh agama samawi yang lain iaitu Kristian dan yahudi dimana penganutnya menggunakan bahasa arab sebagai bahasa pengantar mereka. gereja coptic mesir misalnya menterjemaahkan bible latin dan yunani dengan menterjemahkan perkataan Dios atau Theos iaitu tuhan kepada Allah dimana jelas ianya hanya menggunakan bahasa setempat untuk merujuk kepada TUHAN.

 Kristian arab tidak mempunyai bahasa lain untuk merujuk kepada tuhan mereka selain perkataan ALLAH walaupun terdapat beberapa perkataan seperti “ya rabb” dan  sebagainya. Heran mengapa Kristian Malaysia ingin sangat (seperti terdesak) mahu menggunakan Allah sedangkan terjemahan bahasa melayu jelas adalah TUHAN. mengapa Pope di Vatican tidak menyeru ahli-ahli pembuat bible terus menukarkan perkataan Dios, Theos atau God itu kepada Allah? Pada pandangan saya, Pope tidak mahu menyamakan agamanya dengan agama Islam dan berlaku kekeliruan.

Konsep Allah didalam arab kristian amatlah berbeza dengan Islam dimana sebagai pendukung konsep trinity Allah mereka ada tiga iaitu Allah Al-lab (Tuhan Bapa), Allah Al-Ibn (Tuhan Anak) dan Allah Al-Ruh Al-qudus (Holy Spirit). Selain itu seawal kurun ke 8 masihi, mereka juga menciplak Bismillah dengan menukarkan “Dengan nama Allah, yang maha pemurah dan mengasihani” kepada “Dengan Nama Allah, tuhan Anak dan roh kudus”. (sila lihat video Ahmed Deedat vs Dr Shoroush).

Di Malaysia, perkara ini telah lama diperjuangkan oleh majalah “Herald” untuk mempergunakan sebutan Allah didalam edaraannya. Namun sehinggalah sekarang masih belum menang lagi. Tetapi apabila ahli politik cuba mempolitikan isu ini, memanglah akan ada kecelaruan yang rakyat sendiri akan terkena. Hujah ilmuan kristian seperti Ulil Abshar Abdalla mengatakan mengapa orang arab boleh membiarkan non-muslim terutamanya kristian arab menggunakan Allah dalam bible mereka ratusan tahun, dan juga berlaku di Indonesia, mengapa orang melayu Malaysia mahu sibuk dengan perkara sedemikian.

Sebab utama kami tidak mahu :

1.    Ianya menjadi alat bagi kamu (missionary) untuk memperdayakan remaja-remaja kami yang lemah ilmu agama.
2.    Kelemahan bangsa kamu (Terlalu libral – Indonesia dan arab) membiarkan penaklukan dalaman yang dilakukan secara halus.
3.    Bagi mengelakan kekacauan seperti yang sering berlaku di Indonesia. (peperangan Agama)
4.    Mempersendakan pemahaman agama kami ( Allah adalah satu. Tiada sekutunya untuk berdiri. Tiada yang menjadi pelengkap bagiNYA – jika ada dia bukan tuhan kerana ianya lemah)
5.    Isu murtad adalah suatu yang sensitive buat bangsa melayu Malaysia – mungkin perkara ini normal bagi bangsa liberal Indonesia.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: