Guna Agama untuk politik @ Guna politik untuk agama???

Para pembaca budiman..

rakus! dapat dibayangkan dalam minda saya apabila membaca daripada pelbagai sumber blogger baik daripada team A dan team B berkenaan asas perjuangan mereka. Team A merupakan pasukan yang fresh baru dibentuk akibat daripada perubahan tampuk kepimpinan dan dalam proses mengubat kanser dan virus² yang membuatkan ianya busuk dimata masyarakat. Team B pula sekarang ini sibuk untuk menghadapi gelora pertukaran pemimpin.. proses yang dinantikan oleh Hamba Allah ini.. apa tidaknya kuncu-kuncunya bersedia untuk menakluki Team B secara total dan membuat pembersihan ideologi sebenar team B. Semua pembesar² lama team B akan di TKO kan serta dibuang jauh ke lautan agar tiada bunyi sumbang yang akan menjejaskan mainan Hamba Allah itu.

Namun disini saya perlu tegaskan kedua-dua team ini bukan sesuci kain putih… memang tidak dinafikan politik merupakan permainan yang kotor lagi mengotorkan tangan orang yang menjadi pemain. namun peranaan dan ideologi team B dari dahulu lagi memperjuangkan Agamanya untuk kepentingan politik.. memaki, memfitnah dan segala kemungkaran dibolehkan demi agenda perjuangan mereka. Lihat sahaja lidah pengarang berita mereka.. dipenuhi tuduhan tanpa bukti dan pernyataan  bodoh untuk orang bodoh. dimana tokoh-tokoh mereka belajar sehingga boleh mengkafirkan orang? nabikah mereka? siap boleh jamin kesyurga.. nauzubillah.

Peranaan mereka ini tidak tumpah seperti orang² syiah yang bertakyiah.. iaitu membenarkan membuat kemungkaran demi menyelamatkan diri. membenarkan untuk berbohong, menipu dan membuat onar demi kejayaan serta agenda tersendiri. Bukan kah mereka bermazhab shafie atau ahli sunnah, tapi mengamalkan sebaliknya? adakah mereka pejuang agama? tidak dinafikan didalam team B memang ada yang menentang namun lebih ramai daripada mereka sekarang gila.. Gila kuasa, wang, perempuan dan banyak lagi… menipu orang kampung  kononnya perjuangan demi fisabillillah!

Team A walaupun bersifat materialistik namun tidak lah sejahil team B.. mereka tidak mempunyai ilmu agama setinggi ahli² team B yang boleh mengkafirkan kan orang serta cakap putar alam.. namun tidak sebodoh mereka untuk menggunakan agama untuk dipolitikan. saya sendiri menyokong menggunakan politik untuk mempertahankan agama dan bangsa saya. sebuah ideologi yang berbeza daripada team B. Tidak perlulah bertakbir memanjang kalau niat dihati hanya merosakkan umat di bumi malaysia ini. bersekongkol dengan syaitan dan Hamba Allah yang ingin menyundalkan umat malaysia ini dengan idea durjananya.. mungkin disukai oleh segelintir umat islam dan melayu yang mempunyai masalah mata,telinga dan hati.

Banyak contoh akibat kedurjanaan Hamba Allah itu telah membuat sial kepada team B.. lihat sahaja dinegeri Yeop.. Ada negeri dalam negeri.. buat sidang bawah pokok.. ada sultan lantikan sendiri.. undang-undang ditokok². Inilah akibat agama dipolitikan.. anda boleh berfikir sendiri tanpa perlu mengambil PHD dan bayangkan bagaimanalah jika perkara ini tidak dibendung? Kaum majoriti tinggal nama, maruah tergadai, agama di sindir dan macam² lagilah. untuk menjadi perubah.. Team A harus mengorak langkah memperbaiki dengan kadar segera  dan menarik balik kepercayaan rakyat. Jangan terlewat kerana Hamba Allah itu sungguh tidak sabar mahu menjadi No.1 di malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: